Berubah, Mesti Ada Hidayah??

Asalamualaikum kepada rakan sesama muslim..
Apa khabar? Sudahkah anda bermusahabah diri hari ini? eheh..

Okay, hari ini I nak cakap pasal perubahan.. perubahan dari segi Islam laa maksudnyerrr.. I tengok kan bila kita tanya pada perempuan yang tak pakai tudung, kenapa diorang tak pakai tudung, mesti  diorang akan cakap jawapan nak tunjuk ikhlas iaitu " belum sampai seru", "belum terbuka hati", "belum dapat hidayah, kalau pakai tudung tapi tak ikhlas buat apa?" , "I belum terbuka dara lagi" eh? salah.. Astaghfirullahalazim.. apa I merepek ni..

Actually, bila dengar jawapan2 ni, I terus berfikir and rasa macam mau tanya jerr diorang, what do you mean by belum dapat hidayah? kenapa mesti nak tunggu hidayah Allah datang baru nak berubah.. Memang laa hidayah tu milik Allah.. tapi ingatkah anda bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hambaNya, melainkan hambaNya itu yang mengubah nasibnya sendiri? Saya rasa (tiba2 saya, tadi cakap guna I..eish2..memang something wrong somewhere ni perempuan) ayat ni ada terkandung dalam ayat Al-Quran , betul tak you all yang suka mengaji ni??

Dulu, I pun tak pakai tudung, I selalu cakap pada diri I, kalau I belum terbuka hati nak bertudung, I tak akan pakai.. I nak dapat hidayah dulu.. tapi bertahun2 , I masih tak terbuka hati pun.. I pun mula rasa 'kenapa hidayah ni lambat sampai? jalan jam ka apa?' Then I pun teruskanlaa kehidupan sebagai seorang yang yang tak bertudung.. I perhatikan cara I dulu, dari tak bertudung itu membawa kepada tak sembahyang and membawa kepada menjadi perempuan yang mulut jahat.. tapi I sampai sekarang mulut jahat tapi berpada2 jugalaa.. So, I think laa kan, this tak pakai tudung punya way of life slowly affect us to be malas buat benda lain.. yalaa, once you tunjuk rambut, mesti orang suda puji2 kan? then, pujian itu membuatkan kita nak dedah pulak leher, pastu paha, pastu dada, and lastly dedah semuanya, bagi semua nampak apa yang ada pada badan you.. sebab, kena puji cantik so, nak tunjuk juga laa yang ada 'bahagian' lain yang lebih cantik lagi, kan?ee..murahnya you ni.. tak takut Tuhan marah ker?? I dulu pernah juga terfikir nak berubah, tapi part pakai tudung tu belum lagi laa, tapi part solat and berakhlak mulia jak laa, then I pun sembahyang laa..tapi 2 weeks later, I makin malas and malas.. so, tak sembahyang lagi.. then lepas tu perkara sama berulang , tapi still berhenti di tengah jalan jak usaha I... I don't know why..

Sampai laa hari tu, abang I bagi I tengok satu video ni yang cerita pasal konspirasi dajjal tu.. I tau ramai yang bagi komen negatif pasal video tu, cakap konon video tu tak betul, tapi peduli laa apa pendapat you all.. video tu laa yang buat I terus rasa macam takut bila tengok, sampaikan I beristighfar berkali2 bila tengok.. then siap nangis2 lagi.. habis jak tengok video tu, I terus berikrar dengan bersaksikan abang I, yang I nak pakai tudung..I nak berubah..kononnya.. tapi, yaa it's working out.. I memang start pakai tudung pun time tu.. I don't know laa whether apa yang jadi pada I tu, satu bentuk hidayah or what , tapi it change me..
Tapi selama I pakai tudung masa tu, hati ada rasa macam berat2 juga, ada rasa jealous juga tengok orang lain dedah rambut, tapi I always paksa diri untuk ingat semua yang dimiliki hanya sementara.. cantik? Allah yang bagi.. so, hak Allah untuk rampas kecantikan itu pada bila2 masa saja..

I hari tu, terbaca di Beautiful Nara ke apa, I pun macam ingat2 lupa, but it tells about comment Ziana Zain bila ditanya pasal bertudung.. jawapan dia? as expected, "belum terbuka hati, kalau tak ikhlas , setakat mau ikut trend, buat apa?" wahh..I hanya mampu ucapkan wahh kepada akak .. okay, keikhlasan dalam bertudung tu perlu ker?? well, memang perlu. tapi kalau asyik mau tunggu keikhlasan tu, tapi tak sampai2 juga, habis tu mau tunggu sampai bila? sampai jatuh sakit baru mau berubah? hidayah ni, kenapa mesti nak tunggu Allah yang baling pada kita baru nak berubah? tak boleh ka kalau you all berubah sendiri? mesti mau kena bantu ke? today, my BFF tells me the reason why she can't never leave her boyfriend is because she didn't want him to be lelaki yang rosak.. so, ini membuatkan I berfikir, no offense to you my friend but, why the heck you yang kena susah payah untuk orang lain? memang laa bagus membantu sesama manusia, tapi kubur manusia lain2 maa.. apasal mau susah2 jaga iman orang lain sedangkan orang itu sebenarnya ada kudrat yang lebih utuh untuk menjaga iman sendiri?

Why oh why, lelaki cari gf yang seksi2 tapi cari isteri yang solehah? mesti sebab diorang rasa isteri yang solehah akan mengubah mereka.. kenapa mesti tunggu lepas kahwin baru nak berubah??huh? kenapa mesti isteri solehah yang menjadi pemangkin anda untuk berubah? kenapa tak cuba untuk berubah sendiri? kita ni ada ciri fizikal yang baik, tenaga pun masih kuat, masih lagi sihat, tapi kenapa kita tak try untuk berubah? perlu ka ada orang lain tolong 100% untuk kita berubah? sampai bila mau tunggu kalau macam tu? sampai Allah tarik balik semua nikmat baru mau berubah? bila Allah jadikan kita ni lumpuh or cacat baru nak berubah? begitu? then, sila doakan kepada Allah, minta agat disegerakan cacat, masa tu baru confirm kamu akan berubah kan??

Tidak susah mana pun sebenarnya untuk kita buat perkara yang diperintahkan Allah. tapi kita saja ni yang rasa melakukan satu perubahan itu menyusahkan.. I pun macam tu dulu, tapi masa dan pengalaman telah menjadi guru terbaik bagiku(uisehh..)
Yang girls Islam tapi tak bertudung ni, mesti you all akan selalu bagi alasan iaitu "ada juga perempuan tak bertudung tapi hati mulia semulianye, then ada perempuan bertudung ni pulak mulut jahat, kaki ngumpat bla..bla..blaa..." I tau you all saja cakap begitu supaya martabat seorang wanita bertudung lebih rendah daripada perempuan seksi berhati baik macam you all, kan?? wahh.. mulianyee...
Sebenarnya, you all silap menilai mereka dan diri kamu juga.. Semulia mana pun laa you all ni, tapi kalau dibandingkan dengan wanita bertudung, you all tak akan pernah menang. sebab? yang bertudung ni telah melakukan sesuatu yang telah diperintahkan Allah walau pun baju ketat, tudung pun tak labuh sampai ke dada diorang, tapi still they make an effort untuk ikut perintah Allah. yang kamu ni?yang adoo... seksi tapi hati baik konon.. huhh.. baiklaa sangat.. baik sangat sampai sanggup 'derma' tubuh untuk tontonan umum kan?bagus..mulia sangat laa tu.

Tak payah tunggu hidayah dilemparkan kepada kita baru nak berhijab.. tak payah nak tunggu Allah bagi lumpuh badan baru nak insaf.. Semuanya berpunca dari kita sendiri.. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.. bagi sesiapa laa yang pernah tengok film 7 Petala Cinta , ada satu babak Attar punya dialog yang berbunyi seakan2 : "Sedangkan Allah mengabulkan permintaan syaitan yang paling laknat itu pun, apatah lagi kita hambaNya yang serba kekurangan.." Hahh.. betapa mulianya Allah terhadap makhlukNya. tapi still kita yang lupa.. lupa itu satu penyakit yang berbahaya taww.. sebab itu laa nyanyuk sangat dibenci oleh warga tua..eh?

I dah penat berbicara panjang lebar ni, so terpulang laa pada individu yang ingin  melakukan perubahan tapi mau tunggu hidayah sampai dulu, pas tu nak tunggu dapat suami or isteri yang solehah dulu baru nak berubah kan? Fikirlah, perlukah kita tunggu hidayah baru nak berubah? perlu tunggu ikhlas baru nak sarung hijab kat kepala? in that case, you all rasa bila masanya semua tu datang? masa Malaikat Maut datang mencabut nyawa dari ubun2?? fikir2 kan laa..


bye..

Comments

Popular posts from this blog

Eight Years Later.

Keajaiban Mencintai dan Dicintai Allah..

LuLuh hatiku..sob..sob