Surat Untuk Masa Hadapan ..
Ke hadapan masa hadapanku yang masih samar - samar,
Apa khabar anda di sana? Saya berharap semoga keadaan di sana semuanya dalam keadaan yang baik - baik belaka.
Future ku, saya selalu terfikirkan tentang keadaan anda. Saya selalu cuba untuk meng 'imagine kan bagaimana keadaan sebenar di sana. Saya sangat merisaukan tentang anda. Adakah bahagia di sana? Ataukah duka? Seperti yang anda tahu, saya masih lagi muda dan bakal merangkak ke tua. Usia yang terlalu hijau ini membuatkan saya sentiasa takut kalau2 saya tersalah pilih dan menyebabkan awak hancur dan rosak. Awak, saya tak nak aa bende tue jadi kat awak.. Saya sayannggg awakk.. (erk!Kenapa tetiba awak ne?)
Keputusan SPM belum lagi keluar. Tahukah anda betapa saya runsing memikirkan tentang keputusan yang bakal keluar nanti? Saya takut, kalau failed tentu anda akan menjadi gulapp gulitaa..Ohh..tidak! tak relaa!
Maka dengan itu, saya selalu minta pada yang Esa, agar anda selalu cerahh dengan cahaya yang menyinarii.
Boleh tak dengan izin Allah, saya nak tahu macamana anda di sana? alaa..bagi hint sikiiittt jerr pun okay derr.. Yelaa.. Saya nak tahu, apa keputusan SPM saya, saya sambung study di mana. Saya nak tahu jugak adekah saya akan menjadi pelakon ?(berangan..) Yang mungkin sebaik Lisa Surihani? Or maybe not? :(
Saya pun nak tahu adakah saya akan berkahwin? Sapekah lelaki itu?? Tunjukkan pada ku..Biar aku mencarinya..hehe..
Sekian, ini sahaja coretan saya pada ketika ini. Saya harap anda akan membalasnya suatu hari nanti. Saya tetap akan tunggu. Sampailah saya jumpa dengan anda. Salam.
Yang Ikhlas Merinduimu,
Aku.
Comments
Post a Comment