Dimana aku selama in??

Asalamualaikum wahai si comel2 sekalian. :)
secomel2 anda semua, comel lagi si empunya blog ini..
hehe..
gurau jer. Jangan marah.



senyum tak perlu kata apa - apa..



Rasanya sudah terlalu lama beta meninggalkan blog ini. yelah, beta agak sibuk juga setelah pindah ke kolej baru. Hari tu beta dapat tawaran separa latihan perubatan daripada SPA. Alhamdulillah, rezeki beta agaknya, dapat tawaran diploma teknologi makmal perubatan kat Kuching, Sarawak nun. Mula2 dapat ni punyalah happy giler. tapi then bila tengok balik tempat belajar tu, "kuching, sarawak" huh, terus patah seribu hati ku. bukan la sebab beta ni orangnya jenis manja2 tak nak pisah daripada family. tak tak. itu tidak benar sama sekali. tapi, sebab beta ni bukan dari family berada. nak pi study jauh2 ni, haish payah bebeno la. takder duit la macamana nak support life kat sana nanti?
Tapi, Allah itu Maha Pemurah. Dia tahu yang beta ni sedang runsing fikirkan soal kewangan. Alhamdulillah, Dia beri kekuatan kepada beta untuk tabahkan hati dan berfikiran positif untuk pergi juga belajar kat Kuching nun. nasib beta baik sebab flight pergi Kuching masa tu memang dibiayai sepenuhnya oleh pihak pengurusan. so, selesai satu masalah.


Let's take a moment to say Alhamdulillah..



Tapi masalah yang sekor lagi masih belum selesai. soal dengan duit hapekah yang akan beta guna bila nak pergi sana? yelah, Kuching tu bandar weh, bukan pekan biasa2. semua barang mahal nak mampus tau. tapi Alhamdulillah, daddy ku itu telah sanggup mengeluarkan simpanan beliau untuk memberikan kepada ku. walaupun tak banyak tapi daku hargai kesanggupan daddy ku itu buat anaknya yang selalu menyusahkan. :(
Berbekalkan duit daddy ku itu, beta berjanji pada diri sendiri, "Dear daddy, one day I will make you feel proud. I promise, daddy.."

Then pada 30 Disember 2012 beta pun berlepas dari KKIA pergi ke KIA.


kitorang naik kapal ni masa tu.. cuma waktu malam tapi gambar ni tak..
hehe..



Masa mula2 sampai tu memang agak tersiksa sedikit la badan beta sebab kena angkat barang2 beta yang berat dan banyak tu seorang2. yelah, mana ada family yang ikut kan, so terpaksa laa buat semua tu sendiri. Kami sampai kat Kuching masa tu dah malam. so, kitorang terus direct pergi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching malam tu juga.


ni laa kolej kami!
(gambar ini telah dicuri daripada abang google)



Kami kena hantar betul2 depan Blok Bario, sekaligus menjadi blok asrama kami. dalam blok ni hanya ada dua spesies jer yang dok kat situ. spesies Medical Assistant dengan spesies MLT. tau tak apa tu MLT? tak tau? google..hee
Malam tu. kitorang terus kena suruh pilih roomate sebab nak kena bagi bilik. haish. memang tak best part ni. sebab masa tu tak kenal dengan siapa2 lagi. dalam hati beta berdoa sangat masa tu supaya dapat roomate yang ok. Alhamdulillah, walaupun hentam keromo jer pilih roomate, tapi okay gak laa mereka tu. kat asrama ni, 1 bilik boleh stay 2 orang dan ada juga bilik boleh stay sampai 3 orang. 'Nasib Baik' sungguh beta dapat bilik untuk 3 orang. 'nasib baik' sangat.. sebab, dah lah dapat 2 roomate tapi bilik tu kecil pulak. Nasib beta bertambah 'baik' lagi apabila beta dapat almari kecil dan dapat katil atas pulak. hurmm..'best' sangat.. 



sarcastic!



Then masa 1 Januari 2013, kami pergi mendaftar. masa tu kawan2 beta ni orang2 Sabah jak. sebab dengan Sarawakian ni masih belum kenal siapa lagi. masa start orientasi tu la baru berkenal2 dengan yang lain. tapi itu pun masih ada awkward laa dengan orang Sarawak ni. 
masa mula2 dengar cara Sarawakian ni berbual sesama diorang, beta rasa lucu sangat. yelah, masa tu first time beta dengar bahasa melayu Sarawak dan Iban ni, so agak lucu bagi beta kerana ia berbeda daripada bahasa Melayu. sorry yer, beta tak berniat nak ketawa masa tu. tapi, bila dah lama stay, dalam beberapa minggu, beta rasa best juga sebenarnya bahasa diorang ni. beta pun ada juga belajar sket2, yelah nak kena adapt kan dengan budaya sini.

Sampai sekarang ni, Alhamdulillah beta dah boleh adapt cara hidup sini, walaupun kawan2 rapat beta mostly orang Sabah, tapi beta senang juga berkawan dengan orang Sarawak. For you information, mostly orang kat Sarawak ni lembut bila bercakap dan manis orangnya. yang perempuan la. lelaki, hurmm.... no comment. hihi.. dan sekarang ni pun beta dah survive 1 sem tanpa gagal masa final exam hari tu. Syukur beta rasa sebab result hari tu pointer beta 3.45. mungkin bukan 1 keputusan membanggkan bagi orang yang cerdik pandai macam korang semua, tapi dah cukup bagi beta keputusan tu. 

Mun kelak kitak orang mok gi study sitok, iboh risau, orang Kuching nang best2 ya. KSKB Kuching pun best. datang la, sik rugi.. hehe..

Comments

  1. Assalam, kskb ni dekat dgn hospital umum sarawak atau rizab tu?

    ReplyDelete
  2. jauh dari hospital umum sarawak. jauh sket jer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Eight Years Later.

Keajaiban Mencintai dan Dicintai Allah..

LuLuh hatiku..sob..sob