Keajaiban Mencintai dan Dicintai Allah..

Asalamualaikum..
Salam Ramadhan y'all..



Hidup ini kan memang penuh dengan keajaiban. Kuasa Allah itu memang ajaib. Dulu, bila kita selalu berdoa, minta sesuatu pada Allah, kita tak pernah dapat. Tapi kita teruskan juga berdoa. Masih juga tak dapat. Sampai satu saat tu kita rasa macam nak give up jer. Kenapa laa susah sangat Allah nak tunaikan permintaan kita? tapi, korang sedar tak selepas beberapa tahun kita finally dapat apa yang kita pernah doakan dulu? atau ada orang yang dapat lebih daripada apa yang pernah dimintakan dulu? Itulah keajaiban kuasa Allah S.W.T ..

Aku tak pernah sangka yang akhirnya Allah tunaikan juga semua permintaan yang aku pernah minta pada Dia suatu ketika dahulu. Selama ni, aku selalu berdoa dan Allah tak pernah bagi. Tapi semenjak setahun yang lalu, rahmat Allah tak pernah putus2 mencurah ke atas diriku ini. Mungkin dulu, Allah sengaja menahan semua rahmat tu sebab nak uji sejauh mana usaha aku untuk mendapatkan keredhaanNya. Mungkin juga sebab masa tu aku masih lagi jahil dan sibuk mengejar keindahan dunia. tapi sekarang, Alhamdulillah. Perubahan aku ni menjadi suatu rahmat dan pembuka rezeki bagi aku.

Aku masih ingat lagi, tahun 2010. itu lah tahun yang penuh bermakna bagi aku. Zaman kegemilangan iaitu zaman populariti aku masa tu. tapi pada tahun itu juga aku diberikan hidayah daripada Allah. Alhamdulillah.
Masa awal tahun tu, aku masih lagi seorang gadis yang free hair. pakai baju ketat2, walaupun tak sexy tapi still tak tutup aurat dengan sempurna sebagai seorang gadis muslim. memang ramai gila lelaki minat aku masa tu. especially kat sekolah. pergghh.. dari bebudak junior sampai abang2 senior, tiap2 hari bersiul kalau aku lalu depan diaorang.. disebabkan kejahilan, aku rasa bangga dengan semua tu. Aku pernah terfikir juga kalau laa Allah tu tak sayang aku, masa tu bila2 masa ja Dia boleh tarik balik semua tu daripada aku. Boleh jer Dia nak buatkan rupa aku yang comel ni (perasan..) jadi cacat dan kulit aku yang putih putih melati ni jadi hitam arang. Tapi Allah itu Mulia dan Maha Penyayang. Mungkin Dia tahu aku jahil so, Dia bagi aku peluang..


Mummy aku pernah berkata "mula2 Allah bagi ujian yang susah sedikit dulu , sesuai dengan usia dan kematangan kita. Bila kita dah semakin dewasa dan dah boleh handle hidup ni, Dia akan bagi ujian yang besar gedebakkk dengan kita.."
Yaa.. betul dengan cakap mummy I tu. tapi hidup I tak sama macam yang lain. I sejak kecil lagi dah diuji dengan pelbagai dugaan. Tapi tak pa laa.. semuanya itu dah tak bermakna lagi pada aku. semua itu sudah dibalas dengan rahmat Allah sekarang ni.

Penghujung tahun 2010 tu, aku terbuka hati untuk pakai tudung. Alhamdulillah. Abang aku yang bukakan hati aku selepas dia bagi aku tengok video tu. Walaupun dia tak tahu pasal ni, walaupun aku yang berubah dulu daripada dia, tapi aku sangat berterima kasih dekat dia. Sejahil mana pun abang aku tu, dialah punca aku menjadi diri aku sekarang ni. Thank you , abang.. adik sayang abang..

Tapi dugaan Allah tak berhenti di situ. Lepas aku mula berhijab, satu persatu lelaki yang pernah berjanji untuk setia hujung nyawa dengan aku (kononnyer) mula menjauhkan diri. Kalau dulu, akulah wanita yang diorang puja, cinta dan bla bla bla. tapi bila aku berubah, seorang pun tak nak pandang aku. ceh.. emang dasar lo! tapi aku tak salahkan mereka juga. sebab kebanyakan peminat aku masa tu semuanya daripada golongan non - muslim ..

Pada tahun 2012 pula aku dapat tawaran matrikulasi. Mula2 aku rasa tak yakin sangat nak masuk kat situ. Aku tak rasa akan ada kebaikan pun yang aku perolehi bila masuk KML tu. tapi.... sebab KML juga laa yang telah menjadikan aku gadis muslim yang lebih mencintai hijab. Memang Allah sayang kat aku, sebab pada masa dia uji aku kat KML tu, dia juga bagi aku hidayah untuk lebih dekatkan hati aku dengan Dia. betapa bersyukurnya akuu.. dengan usaha aku sendiri, aku semakin mendekati Allah walaupun awalnya penuh dengan kesilapan. tapi sebagai manusia yang baru belajar untuk berubah, kesilapan itu adalah perkara biasa.. :p

Bila hati aku semakin dekat dengan Allah, bila aku selalu memohon keampunan daripada Allah setiap kali buat dosa, bila aku selalu berniat untuk buat sesuatu itu sebab nak dapat keredhaanNya, satu persatu rahmat dikurniakan ke atas aku. Allah bukakan jalan rezeki yang sebaik2 rezeki untuk aku bila aku dapat tawaran Latihan Separa Perubatan Teknologi Makmal Perubatan. Nampak tak kat situ? dulu, aku selalu minta pada Allah supaya dia bagi aku rezeki mencurah2. tapi tak pernah dapat waktu tu. tapi sekarang, aku rasa akulah manusia yang bertuah sekali...! Masa ni baru aku sedar, dulu bukannya Allah tak sayang aku, bukannya Allah nak bersikap kejam dengan aku, tapi sekadar nak aku bersabar. Sesungguhnya Allah menjanjikan kebahagiaan buat orang - orang yang bersabar.

Walau macamana pun hidup aku sekarang ni, walaupun tak seperti yang aku harapkan, tapi aku terima semuanya dan anggap yang Allah sekali lagi nak uji aku. Allah tahu aku ni lain daripada yang lain. Allah nampak betapa aku mampu menjadi satu2nya gadis muda dalam kampung aku yang mahukan perubahan. Ada hikmah sebenarnya Dia hantar aku study jauh daripada Sabah, sebab Dia nak selamatkan aku daripada terus hanyut dalam kejahilan. thank you, Allah!

Dan sekarang ni, aku di persimpangan ujian Allah tapi pada masa yang sama merupakan rahmat bagi aku..
Aku ada crush dengan seorang mamat ni. tak hensem. aku jatuh suka dengan dia , entahla. mungkin sebab aku dapat lihat ketaatan dia pada Allah. aku suka dia sebab dia jaga hubungan dia dengan Allah. masa aku mula2 suka dia, dia waktu tu suka dengan kawan aku. memang sedih, sebab dia lelaki idaman aku. setiap muslimah itu mestilah mendambakan lelaki yang jaga solat, rajin turun surau, pandai jadi imam dan jaga pandangan kan? macam tu la dia. tak sempurna dari segi rupa paras tapi secara islamnya dia dah sempurna bagi aku.
Masa tu aku cemburu sangat bila kawan aku tu ceritakan pada aku betapa sweetnyaa si lelaki itu mencintai dia. diorang tak nak couple sebab nak elak zina. "Nikmatnyaa kemanisan bercinta di jalan Allah.." itulah apa yang kawan aku tu cakap kat aku. Aku pernah berdoa, minta Allah berikan cinta dia tu pada aku. dan aku berjanji akan jaga hati dia lebih baik daripada kawan aku tu. masa dia ditimpa musibah hari tu, aku berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segala yang sulit bagi dia.

And Now, I never expect Allah will granted my wish. I never thought that eventually he will fall for me. masa aku mula nak buka hati untuk orang lain, time ni juga dia ceritakan pada kawan aku yang dia ada hati dengan aku. Memanglaa aku rasa excited bila dapat tahu, tak sangka lelaki idaman aku eventually akan pandang aku yang serba tak sempurna ni. tapi as usual, kisah cinta aku selalunya menjadikan aku wanita yang tersepit antara dua cinta. ni seorang lagi crush aku masa zaman sekolah dulu datang confess dengan aku. huhh.. tahu tak betapa tak bestnya nak buat pilihan? betapa tak bestnya nak pilih antara yang terbaik?

Si A ni memang tak hensem bagi orang lain, tapi bagi aku dia hensem sebab dia taat dengan Allah. dia tak matang seperti yang aku harapkan tapi dia mampu untuk mengimamkan solat jemaah. dia baik sangat kat aku. kadang2 aku rasa aku pula tak layak dapat lelaki sebaik dia. aku rasa aku ni kejam sangat pada dia.
Si H ni pulak, memang good looking la orang kata. pastu matang lagi. tak childish macam si A. tapi aku ragu2 dengan dia. aku tak tau dia ni jaga hubungan dia dengan Allah atau tak. tapi dia sukakan aku sebab agama aku. itu yang buat aku tersentuh hati.

Keajaiban ni jadi pada aku pada masa yang aku memang tak harap sangat untuk dapat. Mungkin juga semua ni datang sebagai ujian untuk menduga kebijaksanaan aku dan keimanan aku. Allah nak uji sejauh mana cinta aku padaNya. Adakah di saat dua lelaki ni datang pada aku, aku masih ingat lagi pada Dia? Masih kah aku menjadikan Dia tempat aku memohon petunjuk? jawapannya Ya. sebesar mana pun dugaanMU ya Rabb, aku masih mencari MU untuk mendapatkan petunjuk. Aku berserah segalanya pada MU ya Rabb.

Mungkin apa yang kita mahukan belum tentu yang terbaik buat kita. Dan apa yang kita tak mahu belum tentu buruk bagi kita. Allah lebih mengetahui sedangkan kita tak mengetahui. Hanya dengan izin Allah sahaja kita akan tahu tentang sesuatu itu. Kalau kita benar2 mencintai Allah , Dia akan tunjukkan kebenaran pada kita .

"...dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." daripada Surah Al - Baqarah ayat 216. 

Comments

  1. alhamdulillah , that hidayah, u hv to take a good care of it kay sis ^^

    juz wondering
    1. wat video which make ur turning point ? can u share pls ? mail me amyrinz@gmail.com
    2. from rasulullah recommendation , if ur looking for a life partner, look for those whos applying islam in his life as the priority , not coz of look,wealth,n generation..these are peripheral

    and living as a truly muslim , its kinda rare to meet such people nowadays. those who taking care of prayers, reading daily quran, etc those are good qualities and rare to be discovered among muslim nowadays, but only with that it doesnt really Indicate us 'really' come to full understanding of islam n living as a muslim as the whole.
    u need more

    if u wanna know more understanding of islam try to join us try to join usrah program which is organized by many jemaahs , like isma, ikram,abim. best of luck.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Eight Years Later.

LuLuh hatiku..sob..sob